Powered By Blogger

Saturday, 28 April 2012

SIFAT SOMBONG MERUGIKAN

Apabila kita tidak  berilmu, kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar. Kita tidak boleh menjadi orang sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi orang bodoh. Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD), jika dia sombong,  ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan  dia lebih bijaksana. Hal  ini  kerana,  orang sombong dengan ilmunya  tidak akan suka ditegur dan dibetulkan. Dia  merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja.
 
Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak.
 
Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, orang itu merendah diri. Namun sekiranya dia  angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu.  



PANTUN

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .


Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..


Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery


Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.



KoMeN Video

Video 1

Pada pendapat saya, video yg pertama amatlah bagus untuk menarik pelajar dalam dan luar negara untuk belajar di ukm...pasti ramai yang nak masuk ukm kalau tegok video ni..hakikat sebenar berbeza...indah khbar dari rupe..hehehe...saye pun masuk ukm gak..Ini kerana adelah sedikit penipuan...yang hantar assigment 2..mane penah di buat student.. @ ade kot..mungkin x perasan, tp jarang lah.kebanyakkan akan pegi hantar kat bilik pensyarah...pastu pasal suasana di ukm..dia x tunjuk sepenuhnya pesekitran ukm.dan lain-lain lagi lah...keseluruhanye..video ni ok je..kalau kite pun, nak wat video ape2 pun pasal diri,brg,tmpt,syarikt dan lain2 mestilah nak tunjuk yang baik2..mane lah ade org wat video promot/koprat nak tunjuk yang buruk2..jadi..tahniah yang buat video koprat ukm ni...

Video 2

Ulasan yang boleh dibuat terhadap video yang ke-2 ni bagus....kerana die tunjukkan hasil pembelajaran di ukm kite mampu membuat macam-macam seperti menyelamatkan nyawa orang dengan mengesan kenser lebih awal..alat2 kesihatan dan lain-lain lagi.Kesalahan yang dapat saya tengok..diorang lupe nak letak fakulti FPI dan FUU punye hasil pembelajaran di ukm..lebih banyak letak FKAB DAN Fakulti perubatan..mungkin disebabkan mereka mamapu menghasilkan sesuatu..berbanding fakulti lain...video pun ok gak..untuk menarik pelajar untuk belajar kat ukm.. 


Tuesday, 24 April 2012

lawak kampus

cam ne lah dia ni masuk dlm tin ???

sape2 yg dtg lewat leh laa cube care ni..mesti cepat sampai..huhuhu