Powered By Blogger

Saturday, 28 April 2012

5 Mind-Bending Facts About Dreams


When your head hits the pillow, for many it's lights out for the conscious part of you. But the cells firing in your brain are very much awake, sparking enough energy to produce the sometimes vivid and sometimes downright haunted dreams that take place during the rapid-eye-movement stage of your sleep.
Why do some people have nightmares while others really spend their nights in bliss? Like sleep, dreams are mysterious phenomena. But as scientists are able to probe deeper into our minds, they are finding some of those answers.
Here's some of what we know about what goes on in dreamland.



SIFAT SOMBONG MERUGIKAN

Apabila kita tidak  berilmu, kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar. Kita tidak boleh menjadi orang sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi orang bodoh. Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD), jika dia sombong,  ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan  dia lebih bijaksana. Hal  ini  kerana,  orang sombong dengan ilmunya  tidak akan suka ditegur dan dibetulkan. Dia  merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja.
 
Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak.
 
Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, orang itu merendah diri. Namun sekiranya dia  angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu.  



PANTUN

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .


Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..


Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery


Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.



KoMeN Video

Video 1

Pada pendapat saya, video yg pertama amatlah bagus untuk menarik pelajar dalam dan luar negara untuk belajar di ukm...pasti ramai yang nak masuk ukm kalau tegok video ni..hakikat sebenar berbeza...indah khbar dari rupe..hehehe...saye pun masuk ukm gak..Ini kerana adelah sedikit penipuan...yang hantar assigment 2..mane penah di buat student.. @ ade kot..mungkin x perasan, tp jarang lah.kebanyakkan akan pegi hantar kat bilik pensyarah...pastu pasal suasana di ukm..dia x tunjuk sepenuhnya pesekitran ukm.dan lain-lain lagi lah...keseluruhanye..video ni ok je..kalau kite pun, nak wat video ape2 pun pasal diri,brg,tmpt,syarikt dan lain2 mestilah nak tunjuk yang baik2..mane lah ade org wat video promot/koprat nak tunjuk yang buruk2..jadi..tahniah yang buat video koprat ukm ni...

Video 2

Ulasan yang boleh dibuat terhadap video yang ke-2 ni bagus....kerana die tunjukkan hasil pembelajaran di ukm kite mampu membuat macam-macam seperti menyelamatkan nyawa orang dengan mengesan kenser lebih awal..alat2 kesihatan dan lain-lain lagi.Kesalahan yang dapat saya tengok..diorang lupe nak letak fakulti FPI dan FUU punye hasil pembelajaran di ukm..lebih banyak letak FKAB DAN Fakulti perubatan..mungkin disebabkan mereka mamapu menghasilkan sesuatu..berbanding fakulti lain...video pun ok gak..untuk menarik pelajar untuk belajar kat ukm.. 


Tuesday, 24 April 2012

lawak kampus

cam ne lah dia ni masuk dlm tin ???

sape2 yg dtg lewat leh laa cube care ni..mesti cepat sampai..huhuhu

Saturday, 21 April 2012

Adab berekreasi




Pernahkah anda berekreasi diluar kawasan rumah atau ditempat-tempat yang terbuka dan dikunjugi ramai??? Adakah kamu lihat tempat tersebut bersih dan ceria yang boleh menenangkan jiwa???? kita memerlukan keceriaan dan ketenangan semasa berekreasi, di samping itu kita berusaha mendapat keredaan Allah melalui aktiviti tersebut. Salah satu cara mendapat keredaan Allah ialah memelihara adab-adab ketika berekreasi. Adab-adab berekreasi antaranya ialah:   

  • Berpakaian yang menutup aurat.
  • Menjaga pergaulan mengikut islam.
  •   Aktiviti yang dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syarak.
  • Bertanggungjawab menjaga harta awam.
  • Mematuhi peraturan-peraturan yang disediakan oleh pihak berkuasa.
  • Bersama-sama menjaga kebersihan kawasan rekreasi.
  • Bertanggungjawab menjaga alam semula jadi seperti flora dan fauna, sumber air, dan kebersihan persekitaran.
  • Menghormati pegunjung dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

Wednesday, 18 April 2012

PANDUAN DAN ADAB MENJAGA ORANG SAKIT


Kita hendaklah menjaga orang sakit dengan sebaik-baiknya. Perkara-pekara yang perlu diberi perhatian semasa menjaga pesakit ialah seperti berikut:

Aspek Rohani


  • Memberi perigatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah.
  • Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah.
  • Mengigatkan pesakit supaya menunaikan solat 5 waktu.
  • Membantu pesakit menjalankan kewajipan kepada Allah seperti membantunya mengambil wuduk.
  • Mengigatkan pesakit supaya sentiasa mengigati Allah.

Aspek Emosi


  • Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut.
  • Memahami keperitannya menanggung kesakitan.
  • Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukan muka yang manis.
  • Sabar mendengar rugutan dan tingkah laku pesakit.

Aspek Fizikal


  • Memastiakn pesakit bersih tubuh badan, pakaian, dan tempat.
  • Menghantar pesakit ketempat rawatan yang sesuai.
  • Mengigatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang dijadualkan.
  • Memberi rehat yang secukupnya.
  • Bertanya tentang keinginan dan keperluannya.

Tuesday, 17 April 2012

Adab-adab Berhias diri



1. Mengalakkan amalan mandi

-Mandi merupakan satu cara penjagaan kesihatan diri.Hukum mandi boleh menjadi wajib ketika hendak mensucikan dirinya daripada hadas besar. Mandi boleh menjadi sunat dengan keadaan tertentu seperti mandi hari raya,mandi hari jumaat, mandi selepas memeluk islam dan lain-lain.kita hendaklah menjaga adab ketika mandi seperti tidak membazir menggunakan air.

2. Bersugi atau menggosok gigi.

-Bersugi atau menggosok gigi adalah amalan yang amat dititikberatkan dalam islam.

3. Memakai bau-bauan

-Kaum lelaki sunat memakai bau-bauan apabila hendak ke masjid. Bagi kaum wanita yang hendak keluar rumah atau berhadapan dengan bukan mahram, haram memakai bau-bauan yang berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian mereka.

4. Menyikat rambut

-Suruhan membersih, menyikat dan memakai minyak rambut adalah jelas dalam islam. Suatu ketika seorang pemuda hendak berjumpa Rasulullah S.A.W dalam keadaan rambutnya tidak terurus. Pemuda itu diminta mengemasterlebih dahulu rambutnya sebelum beliau dapat berjumpa dengan Rasulullah S.A.W.


Monday, 9 April 2012

ADAB SEORANG PELAJAR


Sebagai seorang pelajar, kita perlu ada adab dan susila yang patut kita amalkan.Selain daripada menghormati guru, insy-Allah, pelajaran yang kita perolehi juga akan mendapat berkat.



  1. Memberi salam terlebih dahulu.Usah sesekali kita terus terjah ke arah guru sehingga terkejut.
  2. Kurangkan bercakap, banyakkan bertindak. Usah banyak bercakap di hadapan guru sehingga membosanakan.
  3. Meminta izin untuk bertanya. usah bertanya pada sesuatu yang tidak ada kena-mengena sebagai pelajar.
  4. Memberi tumpuan sepenuhnya semasa belajar. usah berbisik atau memandang sambil lewa terhadap guru.
  5. Hormati kesihatan guru. Usah bertanya soalan dengan bertubi-tubi walaupun guru sedang dalam keletihan.
  6. Bertindak segera apabila di suruh membuat sesuatu. Usah berlengah dalam sesuatu urusan antara pelajar dan guru.
  7. Hormati keputusan guru. Usah menyangkal pandangan guru secara terburu-buru tanpa berbincang.
Sumber : Gen-Q