Pengertian aqiqah
Aqiqah ialah peyembelihan binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dillahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Hukum melakukan aqiqah adalah sunat muakad.
Aqiqah afdal dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi, tetapi boleh dikemudiankan, asalkan sebelum baligh.Anak yang sudah baligh, dan belum dibuat aqiqah, boleh melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts
Monday, 7 May 2012
Saturday, 21 April 2012
Adab berekreasi
Pernahkah anda berekreasi diluar kawasan rumah atau ditempat-tempat yang terbuka dan dikunjugi ramai??? Adakah kamu lihat tempat tersebut bersih dan ceria yang boleh menenangkan jiwa???? kita memerlukan keceriaan dan ketenangan semasa berekreasi, di samping itu kita berusaha mendapat keredaan Allah melalui aktiviti tersebut. Salah satu cara mendapat keredaan Allah ialah memelihara adab-adab ketika berekreasi. Adab-adab berekreasi antaranya ialah:
- Berpakaian yang menutup aurat.
- Menjaga pergaulan mengikut islam.
- Aktiviti yang dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syarak.
- Bertanggungjawab menjaga harta awam.
- Mematuhi peraturan-peraturan yang disediakan oleh pihak berkuasa.
- Bersama-sama menjaga kebersihan kawasan rekreasi.
- Bertanggungjawab menjaga alam semula jadi seperti flora dan fauna, sumber air, dan kebersihan persekitaran.
- Menghormati pegunjung dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan.
Tuesday, 17 April 2012
Adab-adab Berhias diri
1. Mengalakkan
amalan mandi
-Mandi
merupakan satu cara penjagaan kesihatan diri.Hukum mandi boleh menjadi wajib
ketika hendak mensucikan dirinya daripada hadas besar. Mandi boleh menjadi
sunat dengan keadaan tertentu seperti mandi hari raya,mandi hari jumaat, mandi
selepas memeluk islam dan lain-lain.kita hendaklah menjaga adab ketika mandi
seperti tidak membazir menggunakan air.
2. Bersugi
atau menggosok gigi.
-Bersugi
atau menggosok gigi adalah amalan yang amat dititikberatkan dalam islam.
3. Memakai
bau-bauan
-Kaum lelaki
sunat memakai bau-bauan apabila hendak ke masjid. Bagi kaum wanita yang hendak
keluar rumah atau berhadapan dengan bukan mahram, haram memakai bau-bauan yang
berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian mereka.
4. Menyikat rambut
-Suruhan
membersih, menyikat dan memakai minyak rambut adalah jelas dalam islam. Suatu ketika
seorang pemuda hendak berjumpa Rasulullah S.A.W dalam keadaan rambutnya tidak
terurus. Pemuda itu diminta mengemasterlebih dahulu rambutnya sebelum beliau
dapat berjumpa dengan Rasulullah S.A.W.
Subscribe to:
Posts (Atom)
