Powered By Blogger

Saturday, 21 April 2012

Adab berekreasi




Pernahkah anda berekreasi diluar kawasan rumah atau ditempat-tempat yang terbuka dan dikunjugi ramai??? Adakah kamu lihat tempat tersebut bersih dan ceria yang boleh menenangkan jiwa???? kita memerlukan keceriaan dan ketenangan semasa berekreasi, di samping itu kita berusaha mendapat keredaan Allah melalui aktiviti tersebut. Salah satu cara mendapat keredaan Allah ialah memelihara adab-adab ketika berekreasi. Adab-adab berekreasi antaranya ialah:   

  • Berpakaian yang menutup aurat.
  • Menjaga pergaulan mengikut islam.
  •   Aktiviti yang dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syarak.
  • Bertanggungjawab menjaga harta awam.
  • Mematuhi peraturan-peraturan yang disediakan oleh pihak berkuasa.
  • Bersama-sama menjaga kebersihan kawasan rekreasi.
  • Bertanggungjawab menjaga alam semula jadi seperti flora dan fauna, sumber air, dan kebersihan persekitaran.
  • Menghormati pegunjung dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

No comments:

Post a Comment