Aqiqah ialah peyembelihan binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dillahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Hukum melakukan aqiqah adalah sunat muakad.
Aqiqah afdal dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi, tetapi boleh dikemudiankan, asalkan sebelum baligh.Anak yang sudah baligh, dan belum dibuat aqiqah, boleh melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.
Syarat-syarat sah aqiqah
- Berniat aqiqah ketika meyembelih
- Meyembelih binatang ternakan yang halal
- Meyembelih binatang yang tidak cacat.
- Meyembelih binatang ternakan yang cukup umur
- memenuhi syarat-syarat sag sembelihan
Binatang yang boleh dibuat aqiqah ialah binatang ternakan. Daging sembelihan aqiqah tidak wajid disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, sunat daging itu dimasak manis dan di buat jamuan. Selain daripada itu, disunatkan juga supaya tidak mematah-matahkan tulang daging yang dipotong-potong itu sebeberapa yang boleh.
Sunat Aqiqah
- Berdoa ketika hendak meyembelih
- Meyembelih ketika matahari sedang naik
- Daging dimasak manis dan dibuat jamuan
- Tidak mematah-matahkan tulang-tulang binatang aqiqah
- Mencukur rambut bayi selepas peyembelihan binatang aqiqah
- Dilakukan aqiqah pada hari ke-7 selepas kelahiran
- Tanda kesyukuran kepada Allah diatas kurniaan zuriat
- Menghebahkan kepada anggota masyarakat tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah
- Mengeratkan silaturahim diantara keluarga bayi dengan jiran-jiran dan masyarakat setempat
- Mengalakkan amalan bersedekah bagi ibu bapa yang mendapat cahaya mata.
- Mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan islam.

Bgos mail..
ReplyDeletedpt blik refresh pew yg lpe...
hehehe...=)