Powered By Blogger

Tuesday, 17 April 2012

Adab-adab Berhias diri



1. Mengalakkan amalan mandi

-Mandi merupakan satu cara penjagaan kesihatan diri.Hukum mandi boleh menjadi wajib ketika hendak mensucikan dirinya daripada hadas besar. Mandi boleh menjadi sunat dengan keadaan tertentu seperti mandi hari raya,mandi hari jumaat, mandi selepas memeluk islam dan lain-lain.kita hendaklah menjaga adab ketika mandi seperti tidak membazir menggunakan air.

2. Bersugi atau menggosok gigi.

-Bersugi atau menggosok gigi adalah amalan yang amat dititikberatkan dalam islam.

3. Memakai bau-bauan

-Kaum lelaki sunat memakai bau-bauan apabila hendak ke masjid. Bagi kaum wanita yang hendak keluar rumah atau berhadapan dengan bukan mahram, haram memakai bau-bauan yang berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian mereka.

4. Menyikat rambut

-Suruhan membersih, menyikat dan memakai minyak rambut adalah jelas dalam islam. Suatu ketika seorang pemuda hendak berjumpa Rasulullah S.A.W dalam keadaan rambutnya tidak terurus. Pemuda itu diminta mengemasterlebih dahulu rambutnya sebelum beliau dapat berjumpa dengan Rasulullah S.A.W.


5. Memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan bulu ari- ari.

-Kita juga diperintahkan supaya sentiasa menjaga kebersihan seperti memotong kuku, mencabut bulu ketiak, atau mencabut bulu ari-ari untuk menjaga kebersihan.seseorang yang menyimpan kuku panjang bertentangan dengan ajaran islam.

6. Menghias muka

-Muka merupakan tumpuan utama semasa berkomunikasi. Allah menghias muka dengan bulu kening dan bulu mata untuk menambah kecantiakan seseorang. Setiap muslim hendaklah menjaga anggota badan dengan baik dan memelihara perhiasannya dengan sempurna sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebarang perubahan untuk mengubah suai anggota badan seperti mencabut atau mencukur buli kening dengan tujuan untuk menarik perhatian orang ramai adalah haram. Walaubagaimanapun, islam mengharuskan seseorang itu berhias dirinya secara sederhana.     

No comments:

Post a Comment