ADAB SEORANG PELAJAR
Sebagai seorang pelajar, kita perlu ada adab dan susila yang patut kita amalkan.Selain daripada menghormati guru, insy-Allah, pelajaran yang kita perolehi juga akan mendapat berkat.
- Memberi salam terlebih dahulu.Usah sesekali kita terus terjah ke arah guru sehingga terkejut.
- Kurangkan bercakap, banyakkan bertindak. Usah banyak bercakap di hadapan guru sehingga membosanakan.
- Meminta izin untuk bertanya. usah bertanya pada sesuatu yang tidak ada kena-mengena sebagai pelajar.
- Memberi tumpuan sepenuhnya semasa belajar. usah berbisik atau memandang sambil lewa terhadap guru.
- Hormati kesihatan guru. Usah bertanya soalan dengan bertubi-tubi walaupun guru sedang dalam keletihan.
- Bertindak segera apabila di suruh membuat sesuatu. Usah berlengah dalam sesuatu urusan antara pelajar dan guru.
- Hormati keputusan guru. Usah menyangkal pandangan guru secara terburu-buru tanpa berbincang.
Sumber : Gen-Q
No comments:
Post a Comment